Brazil bersemangat memulakan era baharu selepas pemecatan Tite, dengan mengumumkan kapten baharu pasukan mereka Casemiro sebelum perlawanan, tetapi Selecao telah tewas di tangan Singa Atlas.

Brazil mengalami kekalahan pertama mereka di tangan pasukan Afrika apabila tewas kepada Cameroon pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2022.

Hanya lebih tiga bulan kemudian mereka kalah 2-1 kepada Maghribi di Tangiers — kemenangan sulung 2-1 untuk Maghribi ke atas Brazil berlaku pada malam Atlas Lions menikmati pesta yang mereka anjurkan untuk meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir di Qatar 2022.

Maghribi memutuskan untuk mengarak pasukan Piala Dunia mereka sebagai penghargaan di atas kejayaan gemilang mereka menempatkan diri dalam 4 teratas dalam Piala Dunia 2022.

Barisan pasukan kebangsaan Brazil menampilkan tujuh pemain daripada skuad Qatar, hanya empat daripadanya memulakan aksi suku akhir menentang Croatia yang lalu.

Namun dalam sejarah, Brazil sentiasa tiada masalah berdepan pasukan dari Afrika walaupun menurunkan skuad kedua atau ketiga sekalipun.

Brazil dibimbing oleh interim Ramon Meneses yang merupakan pengurus pasukan B-20. Mereka masih berharap Carlo Ancelotti akan menerima tawaran mereka.

Sofiane Boufal meletakkan Maghribi di hadapan pada minit ke-29 perlawanan. Di mana dia memusingkan badannya untuk melakukan rembatan dari dalam kotak penalti dan masuk.

Brazil tewas di tangan singa atlas

Brazil kemudian mengaktifkan formasi ultra ofensif 4-2-4 dalam usaha untuk kembali menyamakan kedudukan. Namun mereka terus bergelut untuk mendapatkan gol berdepan pertahanan Maghribi yang bertenaga.

Pejaga gol Maghribi, Yassine Bounou yang cemerlang pada Piala Dunia 2022, melakukan kesilapan untuk memberikan gol penyamaan kepada Brazil pada minit ke-67.

Di mana rembatan Casemiro yang rendah gagal ditangkap kemas oleh Bounou.

Pada minit ke-79, Abdelhamid Sabiri melakukan rembatan deras dari sebelah tepi gawang. Dan terus masuk.

Pemain pemain Maghribi menuju ke sudut padang dan sujud meraikan gol tersebut.

Dan akhirnya Selecao tewas di tangan Singa Atlas.