Presiden kelab Thai League 1, Port FC iaitu Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali dengan panggilan Madame Pang memohon maaf susulan insiden bekalan elektrik secara tiba-tiba terpada ketika perlawanan antara Pot menentang Police Tero FC di stadium PAT.

Seminit sebelum perlawanan tamat, lampu limpah stadium secara tiba-tiba terpada memaksa pengadil untuk menghentikan perlawanan. Ketika kejadian berlaku, kedudukan sedang terikat 1-1 dan keadaan tersebut berlarutan sehingga lebih satu jam.

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dijangka menjatuhkan hukuman kepada Port yang mana kemenangan 2-0 diberikan ke atas Police Tero serta denda sebesar ฿50 Ribu atau RM6 Ribu kerana pasukan tuan rumah gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam jangka masa satu jam.

Selepas kejadian tersebut, Madame Pang kemudiannya meminta maaf kepada peminat Port dimana beliau menyatakan kejadian tersebut berpunca daripada kerosakan penjana kuasa stadium dan akan bekerjasama dengan FAT bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Perlawanan semalam turut menyaksikan pertahanan skuad kebangsaan, Dominic Tan beraksi untuk Police dimana beliau dimasukkan pada separuh masa kedua.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo

Madame Pang “Payung” RM2.1 Juta, Pastikan Khidmat VAR Diteruskan

Kelab Thai League 1 Boleh Daftar Pemain ASEAN ‘Unlimited’, Kuota Pemain Import Dalam Perlawanan Adalah 3+1+3