Nama Marcel Kalonda kini semakin hangat diperkatakan oleh ramai peminat bola sepak Malaysia khususnya apabila pemain itu mengesahkan telah menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan kepada FAM baru-baru ini.

Semalam, Marcel Kalonda yang telah ditemu bual oleh Astro Arena, membuat pendedahan yang lebih menarik mengenai asal-usul beliau yang mungkin bakal memudahkan lagi proses dokumentasi dijalankan seterusnya muncul sebagai calon baru dalam skuad kebangsaan Malaysia.

“Macam yang saya cakap sebelum ini, datuk saya berasal dari Malaysia, dan bapa saya juga saya boleh kata berasal dari Malaysia juga”, jelas pemain berusia 22 tahun itu ketika memulakan temubual.

“Bapa saya telah lama meninggal dunia, saya tidak jumpa sangat dengan dia, tidak tahu sangat mengenainya dan saya tinggal dengan ibu serta ayah tiri.

EW6_nZMU0AA2eRA

Menurut Marcel Kolanda lagi, ketika ini beliau sedang menunggu surat pengesahan rasmi dari Persatuan Bola Sepak Congo untuk membuktikan beliau tidak pernah beraksi dengan skuad kebangsaan negara tersebut dan menyerahkannya kepada FAM.

“Kalau saya terima surat pengesahan itu, saya akan hantar dengan segera pada hari berikutnya.

Beliau juga menjelaskan secara bersungguh-sungguh untuk beraksi bersama negara bapanya, dan jika menjadi kenyataan ia adalah satu perkara yang cukup hebat dalam hidupnya.

“Saya mahu bermain untuk negara bapa saya. Saya juga terfikir bagaimana untuk kembali ke negara bapa saya sekali lagi dan saya memiliki peluang itu,.

“Saya mahu satu hari nanti jika berjaya menyarung jersi Malaysia, untuk saya ia adalah satu achievement dalam hidup saya.”

Beberapa perkara lagi turut diperkatakan oleh Marcel Kolanda seperti persediaan beliau untuk Malaysia serta berkaitan dengan jurulatih Malaysia dalam video dibawah.

Marcel merupakan pemain pertahanan berusia 22 tahun dan ketika ini beraksi di Liga Zambia. Beliau mula menjadi perbualan setelah diletakkan sebagai pemain dari Malaysia dalam permainan Football Manager 2020.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

4 Persoalan Utama Mengenai Penyertaan Wan Kuzri Dalam Skuad B18 Malaysia Yang Masih ‘Misteri’

Project100: Kisah Menarik Bagaimana Filipina ‘Bangkit’ Dari FIFA Ranking 195 Sehingga Debut Piala Asia 2019

Media Thailand Ini Labelkan Skuad Kebangsaan Malaysia Sebagai ‘Johor National Team’