Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Diogo Dalot memulakan kariernya di AC Milan dengan cemerlang. Rossoneri sudah berhasrat untuk membeli pemain itu secara tetap.

Namun berita buruknya buat AC Milan apabila Fabrizio Romano melaporkan Manchester United tidak berhasrat untuk menjual pemain itu.

United tidak mahu mendengar tawaran daripada AC Milan untuk membeli pemain itu secara tetap dan menunggu musim ini tamat, dan Dalot akan kembali semula ke United.

Diogo Dalot menyertai AC Milan pada awal musim 2020/2021 secara pinjaman dari Manchester United.

Diogo Dalot masih belum beraksi dalam sebarang aksi Serie A. Namun, beliau adalah pilihan utama untuk jurulatih Stefano Pioli ketika Milan bermain di Liga Europa.

Malah Dalot menunjukkan prestasi cemerlangnya di pentas Eropah setakat ini.

Dalam aksi menentang Sparta Praha, Diogo Dalot menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-0 AC Milan.

Namun Romano mendakwa bahawa Diogo Dalot tidak akan dilepaskan ke Milan secara kekal oleh United.

“Dia [Diogo Dalot] bergabung dengan Milan secara pinjaman.”

“Manchester United enggan memasukkan opsyen pembelian kerana mereka percaya Dalot akan menjadi pemain pertahanan kelas dunia di masa depan,” jelas Fabrizio Romano.

Berdasarkan situasi semasa di Man United amat sukar untuk Dalot menembusi slot pasukan utama.

Ini bukan pertama kali United mahu terus menyimpan pemain mereka. Sebelum ini United berpendirian yang sama ke atas Chris Smalling. Dan akhirnya terpaksa melepaskan pemain itu secara tetap ke AS Roma.

Baca juga perkembangan lain

Tonali Sudah Temui Rentak

Analisis: Tactical Error Leipzig Babak Kedua Membuatkan Mereka Dibantai Rashford

Ini Alasan Solskjaer Tidak Menyenaraikan Rashford Di Kesebelasan Utama

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group