Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov yakin Cristiano Ronaldo akan menyingkirkan Bruno Fernandes sebagai pengambil sepakan penalti utama The Red Devils.

Sejak kedatangannya pada tahun 2020, Fernandes telah menjadi pemain penting United dan merupakan pelaksana utama penalti pasukannya. Ianya juga telah banyak membantu Fernandes mencatatkan lebih banyak gol untuk United.

Kini, kehadiran Cristiano Ronaldo dijangka akan mengubah peranan Fernandes dalam situasi bola mati.

Cristiano Ronaldo merupakan pelaksana utama penalti untuk Portugal. Selain itu Ronaldo juga merupakan bintang utama United pada ketika ini.

Bercakap kepada Metro UK, Berbatov berkata: “Rutin ini akan berubah, Bruno [Fernandes] mengambil setpis? Itu tidak akan berlaku selepas ini.”

Berbatov menarik balik kata katanya sebelum ini yang menyatakan bahawa tidak mungkin seorang pemain itu boleh datang dan dia akan mengubah segalanya di United pada ketika ini.

Ini kerana peraturan itu tidak terpakai apabila orang yang hadir itu ialah Cristiano Ronaldo.

“Dalam bola sepak terdapat hierarki di setiap kelab, anda tahu bahawa sebagai pemain bola sepak itu ada keistimewaan [privilege].”

“Ketika seseorang seperti Ronaldo datang, ketika seseorang itu adalah kapten anda untuk negara anda, seseorang yang merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.”

Namun, Dimitar Berbatov menambah bahawa peluang Bruno Fernandes untuk menjadi pengambil penalti utama Manchester United tidak akan ditutup sepenuhnya. Dia yakin bahawa pemain itu masih boleh menjadi pelaksana penalti dengan izin Ronaldo. Jika kedua duanya berada di atas padang.

“Anda akan menunjukkan rasa hormat dan sama ada anda suka atau tidak, dia akan melakukan penalti dan tendangan bebas kecuali pemain pemain ini setuju selepas berunding. Ketika berusia 25 tahun, anda melihat bola sepak berbeza. ”

“Apabila anda berusia 36 tahun, anda melihatnya dengan cara lain. Jadi mereka akan bercakap dan mencari penyelesaiannya,” kata Berbatov.

Semasa berada di Manchester United, Bruno Fernandes telah menjaringkan 29 gol di Liga Perdana. 13 daripadanya melalui tempat penalti. Sementara itu, Cristiano Ronaldo sebelum ini menjaringkan 23 gol dari titik penalti ketika berada di Juventus.

Baca juga artikel

CBF Mahu FIFA Larang Kelab England Pakai Pemain Brazil Yang Ingkar Panggilan Kebangsaan

Spurs Denda 3 Pemain Yang Ingkar Dan Balik Ke Amerika Selatan

Emi Martinez Dedah Sebenarnya Dia Tak Nak Sertai Arsenal, Namun Terpaksa Demi Keluarga