Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan kelab bola sepak paling elit di Asia musim 2021 ini dengan rekod 1 kemenangan dan 1 seri, dimana kedua-duanya ketika berdepan kelab dari Thailand, Ratchaburi FC.

Dari keputusan itu, 4 mata yang amat berharga berjaya dibawa pulang dan apa yang lebih penting adalah JDT telah berjaya membantu kutipan mata MA ranking Malaysia untuk kekal berada dalam kedudukan 10 terbaik Asia Timur.

Ini bermakna, hasil aksi di Thailand itu telah membolehkan Malaysia untuk terus memiliki 1 slot automatik peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2023 serta 2 slot automatik peringkat kumpulan saingan AFC Cup 2023.

Menurut kemaskini dari FootyRankings, kutipan 4 mata itu juga membolehkan Malaysia melonjak 5 kedudukan lebih tinggi untuk menghuni tangga ke 18 keseluruhan di Asia setakat ini dan ke-9 Asia Timur dengan jumlah mata MA ranking sebanyak 24.710 mata.

Untuk melihat kedudukan secara keseluruhan dengan lebih jelas, berikut adalah senarai kedudukan MA mengikut jumlah kutipan mata yang disediakan oleh FootyRankings (sehingga artikel ini ditulis).

MA ranking

Kenapa 4 Mata Diperolehi Oleh Malaysia?

Semua peminat bola sepak Malaysia tahu pada asalnya ada 3 pasukan adari Malaysia yang menyertai kejohanan kelab diperingkat Asia iaitu JDT dalam AFC Champions League, manakala Terengganu dan Kedah dalam saingan AFC Cup.

Sekiranya AFC Cup berjalan seperti biasa, jumlah kutipan mata akan dibahagikan kepada 3 (merujuk kepada jumlah bilangan pasukan dari sesebuah MA).

Tetapi disebabkan oleh keputusan AFC membatalkan saingan AFC Cup zon ASEAN, maka hanya pasukan JDT (1 pasukan) sahaja yang dikira menyertai kejohanan kelab anjuran AFC musim 2021 ini.

Oleh itu, 4 mata tersebut kekal dikira tanpa perlu dibahagi lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telahh kami sediakan seperti dibawah.

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara

RASMI: ‘Wing-Back’ Buriram United Diperkenalkan Oleh Jeonbuk Hyundai, Kontrak Pinjaman Selama 6 Bulan

Pasukan Bola Sepak Universiti Jepun Ini Berjaya Lahirkan 120 Orang Pemain Pro Dalam Tempoh 22 Tahun.