Presiden Lyon Jean-Michel Aulas merasakan langkah menghentikan liga bola sepak Perancis adalah bukan langkah terbaik pada ketika ini.

Ini kerana menurut beliau masih ada banyak cara lain untuk menamatkan Liga Perancis ketika di tengah wabak kronavirus.

Semalam GFFN melaporkan bahawa, Aulas telah menghantar kertas cadangan 23 muka surat kepada FFF dan LFP berkenaan isu tersebut.

Dalam cadangan itu, Aulas mewar-warkan Ligue 1 perlu diteruskan dengan beberapa perlawanan lagi diadakan bagi menentukan slot ke Eropah dan juga penyingkiran.

Ianya dilakukan dengan cara perlawanan penentuan / play-off.

Beliau juga mencadangkan agar liga pada musim akan datang dimulakan lewat sehinggalah September.

Sebelum ini Perdana Menteri Perancis, Eduoard Philippe menyatakan bahawa liga bola sepak Perancis harus dihentikan.

Ini kerana kerajaan melarang sebarang aktiviti dan acara keramaian sehingga September.

Malah kerajaan Perancis juga melarang penganjuran bola sepak di dalam stadium tertutup ataupun stadium kosong.

Lalu liga bola sepak Perancis (LFP) mengumumkan bahawa Liga mereka dihentikan.

Selain itu LFP sedang mempertimbangkan untuk menempatkan Paris Saint German sebagai juara liga.

Aulas berkata: “Adakah ini bermakna Liga kita sudah berakhir? Saya tak pasti.”

“Oleh kerana liga kita masih belum ditamatkan maka kita perlu mencari solusi alternatif yang sebaiknya, dengan bermain beberapa perlawanan penentuan pada bulan Ogos.”

“Seterusnya sepak mula untuk musim hadapan boleh dianjak ke 15 September.”

Lyon ketika ini berada di tangga ketujuh dalam Liga 1 Perancis. Mereka dibezakan 10 mata daripada tempat kelayakan ke UCL.

Minggu lalu UEFA menegaskan bahawa mereka faham jika ada liga yang sukar untuk diteruskan.

Namun UEFA meminta pentadbir liga untuk mencari alternatif termasuk play off.

Aulas menegaskan bahawa Ligue 1 seharusnya lebih bertenang dan bersabar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Ligue 1 akan mengadakan persidangan khas pada hari ini bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan juara liga, slot ke Eropah, dan juga penyingkiran dan promosi.

Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:

Ligue 1 Batalkan Musim 2019/20 Selepas Larangan Kerajaan

Torres Mimpi Ngeri Vidic Dan Sukar Dikawal

Dybala Disahkan Positif Covid-19 Kali Keempat Dalam 6 Minggu