Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim mengatakan beliau tidak pernah menyangka akan mencapai tahap seperti sekarang dalam karier bola sepak beliau.

Dalam satu temu bual bersama Dunia Bola, Luqman berkata beliau hanya bermain bola sepak ketika sekolah rendah hanya sekadar hobi dan tidak pernah terfikir untuk mencapai tahap sekarang. Menurut beliau, cikgu sekolah rendah banyak membantu ketika di peringkat awal bermain bola sepak.

“Tak pernah terfikir untuk mencapai tahap sekarang. Saya bermain bola hanya secara suka-suka. Cikgu sekolah rendah saya, cikgu Rosnani melihat saya mampu untuk pergi jauh dan beliau banyak membantu seperti membawa saya ke pemilihan,” katanya.

Tambah Luqman, sama seperti pemain lain, beliau pernah mengharungi waktu-waktu getir dimana kasut pertama beliau ialah kasut yang dibeli di bundle yang berharga RM70.

Luqman
Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal (7) antara graduan AMD yang berjaya mencipta nama.

“Waktu susah saya dulu kerana ayah saya sahaja yang bekerja, ayah saya belikan kasut di bundle yang berharga RM70. Ayah saya sedar anak beliau amat minat untuk bermain bola. Jadi dia tidak akan biarkan saya memakai kasut yang koyak.

“Kemudiannya, kasut grade pertama saya ialah kasut Nike T90 Grade C. Itu saya beli ketika pertama kali beraksi di luar negara, lebih tepatnya ketika mahu beraksi di Croatia,” tambahnya.

Segala kesusahan yang dihadapi Luqman sebelum ini dilihat sebagai pembakar semangat untuk beliau mengecapi pencapaian seperti sekarang.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Bagus Kahfi Akui Luqman Memang Bagus Dan Layak Dicalonkan Untuk ‘Golden Boy 2020’

Media Belanda, 433 Senaraikan Luqman Hakim Dalam Pencalonan “Golden Boy” 2019/2020

Lima Pemain Yang Mungkin Menjadi Gandingan Luqman Hakim