Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Selepas 3 hari kem latihan skuad kebangsaan bermula, kali ini pemain muda sensasi negara Luqman Hakim telah dipanggil untuk sesi temubual bersama media yang telah berlangsung tengahari tadi.

Peluang ini pastinya dinantikan untuk mengetahui lebih lanjut dari mulut beliau sendiri terutamanya selepas beberapa gambar perubahan ketara fizikalnya telah membuatkan penyokong Malaysia terkejut.

“Saya berasa bangga dan teruja sangat apabila dipanggil menyertai skuad sebab ini adalah kali pertama saya menerima call-up skuad kebangsaan.”, jelas Luqman ketika memulakan sesi bersama media.

Menceritakan pengalamannya selepas 3 hari berada dalam kem latihan skuad kebangsaan, Luqman Hakim menyatakan beliau jelas gembira dan enjoy berada bersama pemain-pemain lain dalam sesi latihan skuad kebangsaan.

Ketika menjawab soalan media samada beliau merasakan ada sebarang perbezaan dengan pemain-pemain selepas beliau kembali dari eropah, Luqman Hakim memberitahu

“Bagi saya, saya dengan pemain lain sama je. Sebab setiap pemain ada pengalaman masing-masing. Jadi, tidak ada perbezaan. Sama je.”

Sambil itu Luqman turut menjelaskan bahawa pemain-pemain lain memiliki pengalaman yang lebih banyak berbanding dirinya kerana beliau masih seorang pemain yang baru berusia 19 tahun dan masih mencari pengalaman.

Berkenaan dengan susuk fizikal Luqman yang dilihat agak ‘sado’ berbanding tahun lalu, pemain KV Kortrijk itu menjelaskan bahawa

“Bagi saya dengan perubahan ini adalah untuk kebaikan saya sendiri. Dekat sana, diorang semua badan besar-besar, jadi untuk kekuatan diri saya lah, kalau kurus nanti kena langgarlah saya.”

“Ia kebaikan untuk saya bagi melawan pemain-pemain di eropah.”

Saya masih mahu improve lagi muscle saya, sebab kalau sekarang ni dekat sama saya paling kecil.

Makan Apa Dekat Belgium?

Perubahan fizikal pemain itu pastinya berpunca dari penjagaan berkaitan makanan serta beberapa lagi perkara lain, dan Luqman sendiri memberitahu bahawa beliau memang mengambil makanan yang ‘terjaga’ sahaja.

“Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan oleh kelab semuanya. Makan malam je yang saya makan sendiri. Pemakanan itu penting untuk saya.”

Gembira Berlatih Dengan Pemain Idola – Brendan Gan

Luqman Hakim juga turut menjelaskan bahawa beliau gembira apabila kini beraksi bersama pemain idolanya – Brendan Gan.

“Saya gembira berlatih bersama mereka sebab selama ini kita hanya tengok sahaja diorang bermain, kini kita (berada dalam kem latihan) dan bermain bersama.”

“Sebab saya minat karektor dia diatas padang, Brendan Gan.”

Menjelaskan ‘kedudukan’ beliau ketika ini dalam skuad kebangsaan samada beliau melihat dirinya sebagai seorang pemain muda atau seorang pemain yang berpengalaman di eropah, Luqman Hakim kekal dengan pendirian bahawa beliau adalah seorang pemain muda.

“Memang ada perbezaan ketara dibandingkan dengan skuad U19. Saya rasa beruntung sebab di KV Kortrijk pun saya berlatih dengan pemain senior dan berjaya menyesuaikan diri.”

Dari gaya percakapan, jelas Luqman Hakim memiliki keyakinan dan bersedia untuk diturunkan jika terpilih. Beliau juga kekal merendah diri untuk mencari pengalaman yang lebih luas untuk karier bola sepaknya dan dalam masa yang sama menyumbang tenaga kepada skuad kebangsaan dimasa depan.

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Astro Miliki Hak Penyiaran Azul Claro Numazu, Aksi Hadi Fayyadh Dapat Ditonton Secara LIVE Mulai Esok

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group