Khabar baik datang dari bumi Belgium apabila penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim menunjukkan perkembangan positif bersama kelab beliau, KV Kortrijk.

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang sumber yang rapat dengan Luqman dimana beliau telah berhubung dengan salah seorang jurulatih di Kortrijk dan jurulatih tersebut menegaskan menunjukkan perkembangan positif.

“Sedikit maklumat mengenai Luqman dimana salah seorang jurulatih di Kortrijk memberitahu Luqman menunjukkan perkembangan yang positif. Staf kejurulatihan sedar Luqman mempunyai bakat namun beliau perlu memperbaiki tahap kecergasannya.

Luqman Hakim

Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Tambah jurulatih tersebut, Luqman merupakan salah seorang pemain yang mempunyai kepantasan dikalangan pemain. Namun Luqman perlu meningkatkan lagi tahap kecergasan dan fizikal bagi mengelakkan kecederaan dan juga membolehkan beliau beraksi di peringkat tertinggi.

“Ini bermaksud kita mungkin tidak dapat menyaksikan Luqman beraksi buat kali pertama dalam saingan liga. Jadi kita perlu memberi waktu kepadanya dan bersabar,” kata sumber tersebut.

Luqman telahpun menampilkan prestasi terbaik dimana beliau berjaya menjaringkan gol ketika beraksi bersama skuad B-21 dan juga skuad senior.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menjaringkan gol ketika Kortrijk B-21 tahun berdepan KRC Gent. Luqman turut menyumbang jaringan pada satu perlawanan persahabatan skuad senior KV Kortrijk.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Tenang Tunggu Peluang Jalani “Debut” Di Jupiler Pro League

KV Kortrijk Teruskan Rentak Kemenangan, Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Perlawanan

Penundaan Saingan AFC B-19 Tahun Beri Kelebihan Buat Luqman Hakim

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group