Pemain mud negara, Luqman Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama KV Kortrijk bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Royal Excel Mouscron hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh KVK menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Luqman akan beraksi buat kali pertama sejak berehat panjang akibat kecederaan hamstring yang dialami pada Oktober lalu.

Luqman mengalami kecederaan sehari selepas tampil buat kali pertama bersama skuad senior pada perlawanan menentang RSC Anderlecht dalam saingan Liga Belgium pada Oktober lalu.

Meskipun hanya beraksi selama sepuluh minit, namun Luqman berjaya memberikan sumbangan apabila beliau menghadiahkan sepakan penalti untuk KVK.

Sebelum ini, Luqman pernah diturunkan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan beliau juga berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Proses Pemulihan Luqman Hakim Berjalan Lancar

Luqman Hakim Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan

Luqman Bakal Jalani Latihan Secara Individu Minggu Hadapan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group