Penyerang muda negara, Luqman Hakim memberikan pesanan kepada peminat bola sepak tanah air dimana beliau meminta penyokong untuk lebih bersabar dan terus memberikan sokongan kepadanya.

Dalam satu temu bual bersama pihak kelab baru-baru ini, Luqman berkata beliau gembira dengan sokongan yang diberikan namun pada masa yang sama penyokong perlu lebih menjaga diri khususnya ketika memberikan komen di media sosial kelab.

“Saya gembira kerana mendapatkan sokongan dari peminat Malaysia. Saya harap mereka lebih bersabar kerana masa untuk saya berkasi akan tiba. Saya berpesan kepada peminat agar lebih menjaga diri ketika memberikan komen di media sosial.

“Saya faham anda memberi sokongan kepada saya. Tapi kita perlu menjaga diri. Saya berusia 19 tahun dan saya mempunyai banyak masa di sini kerana saya menandatangani kontrak selama lima tahun. Jurulatih juga sentiasa memberi sokongan kepada saya,” kata Luqman.

Luqman Hakim
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Selepas pulih daripada kecederaan hamstring, Luqman setakat ini terlibat dalam satu perlawanan iaitu pada aksi pemanas badan menentang Royal Excel Mouscron Januari lalu.

Setakat ini, pengendali baharu KV Kortrijk, Luka Elsner masih belum memberi peluang kepada Luqman Hakim untuk beraksi dalam skuad utama dalam saingan Liga Belgium.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain

Minit Bermain Berharga Bagi Luqman Hakim

Luqman Hakim Mahu Capai Tahap Tertinggi Di Tahun 2021