Saat yang dinanti-nanti oleh penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim untuk menyertai sesi latihan skuad senior KV Kortrijk akhirnya tiba apabila beliau menjalani latihan pertama pada hari ini.

Kortrijk memuat naik dua video menerusi Insta Story di laman Instagram rasmi pasukan hari ini yang menunjukkan Luqman bersama rakan sepasukan yang lain sedang menjalani sesi latihan.

Ini merupakan perkembangan terbaik untuk bekas pemain Selangor 2 itu dimana beliau diberi kepercayaan untuk berlatih bersama skuad senior.

Sebelum ini, Luqman Hakim beraksi bersama skuad B-21 Kortrijk ketika pasukan itu turun berdepan KRC Genk.

Luqman menjaringkan satu gol namun Kortrijk mengalami kekalahan besar dimana mereka tewas dengan keputusan 4-1.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Rakan Sepasukan Sifatkan Luqman Hakim Sebagai “Crazy Men”

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya

Youth Football Malaysia Jelaskan Mengapa Video Gol Luqman Hakim Kurang Jelas