Menerusi kemaskini terbaru Luqman Hakim melalui laman sosial Instagram beliau, nampaknya penyerang muda Malaysia itu kini sedang dalam proses ‘menyiapkan’ badannya untuk mencabar bola sepak di eropah.

Jelas dari gambar terbarunya itu kita dapat melihat otot-otot badan sudah mula timbul dan terserlah shape sebagai seorang atlit yang memiliki bentuk fizikal yang semakin baik.

https://www.instagram.com/p/CHaQtmBndaP/?utm_source=ig_web_copy_link

Dengan gaya ‘bojeng’ baru itu juga lebih menyerlahkan lagi susuk badan yang sedang dibuat sehinggakan menjadi bualan peminat dilaman sosial Instagram itu dan ada yang meninggalkan komen bahawa Luqman mirip Neymar sebelum berhijrah ke Barcelona.

komen

Beberapa bulan selepas tiba di Belgium, pemain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu baru-baru ini telah berjaya melakukan debut bersama pasukan utama KV Kortrijk dan pastinya bakal memberikan lebih keyakinan untuk Luqman Hakim bekerja lebih keras mencari tempat sebagai regular disana.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”

Kelab Liga Divisyen 4 Jepun Ini ‘Miliki Trak 40 Kaki’ Hasil Partnership Dengan Syarikat Logistik Tempatan

8 Jenama Sukan Antarabangsa Berebut Hak Penajaan Kelengkapan Skuad Kebangsaan Thailand