Nama penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim semakin mekar dalam dunia bola sepak diperingkat antarabangsa apabila berada dalam senarai 60 pemain muda paling berbakat di dunia seperti yang dikeluarkan oleh The Guardian.

Dalam 60 pemain itu juga, nama pemain FC Barcelona yang kian membina nama dalam saingan La Liga iaitu Ansu Fati turut berada dalam senarai tersebut bersama-sama pemain lain termasuk juga pemain Rennes iaitu Eduardo Camavinga.

luqman hakim

Selain itu, Luqman Hakim yang juga merupakan pemenang kasut emas AFC U16 2018 turut berada sebaris dengan penerima anugerah MVP kejohanan yang sama iaitu Jun Nishikawa yang kini beraksi untuk Cerezo Osaka dalam saingan J1 League.

Screenshot 2019-10-10 at 6.48.49 PM

Apa yang lebih menarik adalah dengan adanya 2 pemain dari Asia Tenggara dalam senarai tersebut selain Luqman Hakim iaitu penyerang skuad kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta yang juga merupakan pemain kelab Buriram United dalam saingan Thai League 1.

DSC_3724

Luqman Hakim bakal menjalani latihan bersama Cardiff City selama 3 bulan mulai tahun 2020 dan akan menandatangani kontrak 5 tahun bersama kelab divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk selepas mencapai umur 18 tahun pada Mac 2020.

Kini Luqman Hakim berada di Jepun untuk menjalani latihan bersama kelab FC Tokyo sebelum pulang menyertai persiapan skuad kebangsaan bawah 18 tahun untuk menyertai pusingan kelayakan AFC B19 2020 yang akan berlangsung awal November nanti.

Artikel lain yang tidak kurang padu untuk dibaca sebagai sebagai rujukan yang mungkin terlepas pandang.

Luqman Hakim Dan Dua Rakan Sepasukan Ke Jepun Sertai Sesi Latihan FC Tokyo

Kisah Sahih Mengenai Bagaimana Hubungan Luqman Hakim, KV Kortrijk Dan Cardiff City Bermula

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Sumber