Penyerang muda sensasi Malaysia, Luqman Hakim kini sah menandatangani kontrak bersama sebuah ejen yang berpangkalan di London selepas syarikat tersebut mendedahkan beberapa keping gambar dilaman sosial Twitter serta Instagram semalam.

EL-EF Sport yang merupakan ‘FIFA Licensed Match Agents and FA Registered Intermediaries’ yang diketuai oleh Lionel Foy bakal membuka peluang untuk Luqman Hakim di pasaran eropah seterusnya mencerahkan pelbagai kebarangkalian untuk menyertai kelab di benua tersebut.

Ada juga beberapa maklumat tidak rasmi yang menyatakan bahawa Luqman Hakim kini memiliki beberapa lagi tawaran lain selain dari KV Kortrijk dan dikatakan sedang meniliti tawaran tersebut dari segenap segi bersama ejen serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung.

EaUHMkcX0AIuuuo

Dimaklumkan juga bukan satu kejutan jika Luqman Hakim tidak akan ke Belgium, sebaliknya ke negara lain namun semuanya masih belum dimuktamadkan kerana masih dalam proses penelitian.

Kehadiran EL-EF Sport juga dijangka akan memudahkan perkembangan karier bola sepak Luqman Hakim secara profesional dan ini akan memberikan faedah kepada skuad kebangsaan di masa depan khususnya.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Luqman Hakim!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Luqman Hakim Terima ‘Lampu Hijau’ Dari KV Kortrijk, Perlu Dapatkan Kebenaran Terbang Segera

Kelab Liga Perdana Inggeris Berminat Dapatkan Khidmat Luqman Hakim