Penyerang muda negara, Luqman Hakim kembali memperkuatkan kelabnya, KV Kortrijk setelah selesai tugasan bersama skuad kebangsaan dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baru-baru ini, Luqman terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang KRC Harelbeke dimana Luqman berjaya memenangi satu sepakan penalti sekaligus membantu KV memenangi perlawanan dengan keputusan 5-0.

Namun, bukan sahaja aksi Luqman yang mendapat perhatian pada perlawanan tersebut dimana penyokong KV turut mempunyai chant khusus buat pemain berusia 19 tahun itu.

Sebahagian penyokong KV melaungkan chant ‘Allez Luqman Allez’ apabila pemain itu dimasukkan pada separuh masa kedua.

Bukan satu perkara yang mudah untuk seseorang pemain terutamanya yang beraksi di Eropah bagi memiliki chant mereka yang tersendiri.

Perkara ini menunjukkan bahawa Luqman merupakan pemain yang digemari oleh penyokong KV Kortrijk dan ini dilihat sebagai satu motivasi tambahan bagi Luqman untuk terus menampilkan prestasi terbaik semasa berada di Belgium.

Saingan Jupiler Pro League musim 2021/2022 akan menjadi musim kedua bagi Luqman di Belgium setelah menyertai KV Kortrijk pada tahun lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Belasah KRC Harelbeke Dalam Aksi Pemanas Badan

Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Beri Sebab Mengapa Luqman Hakim Dan Arif Aiman Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan