Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menegaskan beliau perlukan masa untuk beraksi dengan skuad utama KV Kortrijk sekaligus membuat penampilan pertama dalam saingan Jupiler Pro League.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Luqman menegaskan beliau baru sahaja melengkapkan ujian kecergasan yang ditetapkan selama enam minggu sejak menyertai kelab tersebut.

Luqman memberitahu ketika ini beliau menjalani latihan bersama skuad utama sementara menunggu untuk kembali ke pangkuan skuad B-21 tahun bagi melakukan persiapan perlawanan. Luqman akan terlibat dengan skuad pembangunan kelab tersebut dan akan dinilai oleh pengurus skuad senior, Yves Vanderhaeghe sama ada sudah bersedia atau sebaliknya.

Luqman Hakim
Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Saya masih perlukan masa lagi. Tidak mungkin dalam tempoh sebulan dua ini ialah saya akan terus diserapkan dalam skuad utama. Cabaran saya ketika ini ialah memahami rakan sepasukan dan mereka juga perlu tahu apa yang saya perlukan.

“Ia agak sukar bagi saya, perkara ini normal buat pemain baru. Saya perlu cepat menyesuaikan diri kerana masing-masing belum memahami corak permainan masing-masing,” kata Luqman.

Tambah Luqman, penghijrahan Terem Moffi ke kelab Ligue 1, FC Lorient bukan jaminan bagi beliau untuk terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan senior.

“Saya tidak boleh menganggap tempat saya terjamin hanya kerana kehilangan seorang penyerang dalam skuad utama (Terem Moffi).

“Kalau saya usaha, beri 100 peratus dalam latihan atau perlawanan persahabatan, saya mungkin berpeluang,” tambahnya,

Baca artikel Luqman Hakim yang telah kami sediakan di sini:

Luqman Hakim Tunjuk Perkembangan Positif, Sedang Berusaha Tingkatkan Tahap Fizikal

Luqman Hakim Tenang Tunggu Peluang Jalani “Debut” Di Jupiler Pro League

KV Kortrijk Teruskan Rentak Kemenangan, Luqman Hakim Tidak Tersenarai Dalam Skuad Perlawanan