Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin jauh meninggalkan pemain lain dalam undian bagi anugerah Golden Boy 2020 yang dijalankan oleh media terkenal Itali, Tutto Sport.

Dalam undian semasa di laman web Tutto, Luqman menerima undian sebanyak 18 peratus, jauh meninggalkan pemain bintang lain seperti Mason Greenwood (4 peratus), Erling Braut Haland (4 peratus) dan Alphonso Davies (2 peratus).

Hakim
Sumber Gambar: Tutto Sport

Pencabar terdekat Luqman ialah pemain pertahanan Sporting Lisbon, Eduardo Quaresma dan pemain tengah Dynamo Kyiv, Heorhiy Tsitaishvili yang masing-masing setakat ini menerima 8 peratus undian. Selain itu, ada pemain tengah Red Bul Salzburg, Dominik Szoboszlai yang menerima 6 peratus undian.

Luqman menjadi perhatian ramai pihak setelah beliau menjadi pemenang bersama bagi anugerah penjaring terbanyak saingan AFC B-16 tahun pada 2018 lalu dengan perolehan 5 gol.

Anda boleh mengundi Luqman agar beliau kekal mendahului bagi anugerah Golden Boy 2020 di sini.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakm di sini:

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos

Kedutaan Malaysia Di Belgium Sudah Bersedia Sambut Ketibaan Luqman Hakim

Luqman Hakim Mendahului Undian Bagi Anugerah “Golden Boy” Tahun 2020