Penyerang muda negara, Luqman Hakim tampil garang bersama kelab barunya, Njardvik FC dimana baru-baru ini beliau menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan.

Luqman diturunkan ketika aksi persahabatan menentang Haukar FC yang mana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama oleh pengendali pasukan.

Peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Luqman dimana beliau menjaringkan dua gol dan jaringan pertama pertama terhasil apabila Luqman menyudahkan hantaran daripada rakan sepasukan dengan satu rembatan menewaskan penjaga gol lawan pada separuh masa pertama.

Jaringan kedua hadir apabila Luqman Hakim memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol lawan sekaligus membantu Njardvik meraih kemenangan.

Luqman ketika ini sedang menunggu visa dan juga permit kerja daripada kerajaan tempatan bagi membolehkan beliau turun dalam saingan Liga Iceland

Pihak kelab memberitahu bahawa mereka sedang bekerja keras dalam menyiapkan segala dokumen berkaitan demi merealisasikan penampilan pertama Luqman bersama pasukan.

Untuk makluman, Luqman menyertai Njardvik secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk selama satu musim dan beliau berazam untuk meraih sebanyak mungkin minit permainan bersama kelab baharunya itu.