4 pemain skuad Malaysia U18 dari Akademi Mokhtar Dahari, Gambang berlepas ke Osaka malam ini bagi mejalani latihan percubaan bersama kelab J1 League, Cerezo Osaka bermula dari 3 September hingga 13 September 2019.

Penyerang muda berpotensi tinggi, Luqman Hakim disertai oleh 3 lagi pemain dari AMD iaitu Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Khaironisam dan Ali Imran Sukari.

Luqman ketika di temui media sebelum berlepas, menyifatkan bahawa peluang yang diberikan oleh pihak Cerezo Osaka ini sebagai yang terbaik untuk dirinya dan berjanji akan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan tempat bersama kelab tersebut.

Mungkin tidak ramai tahu, Cerezo Osaka adalah antara salah sebuah kelab J1 League yang mempunyai pasukan U23 yang beraksi dalam saingan J3 League.

Ada kemungkinan sekiranya mereka terpilih nanti akan diletakkan dalam pasukan U23 bagi menyesuaikan diri dengan gaya permainan serta meningkatkan proses komunikasi dalam pasukan.

Artikel lain yang berkaitan dengan penyerang muda paling padu di Malaysia ketika ini.

Luqman Hakim Mahu Bawa Malaysia Ke Kejohanan B-19 AFC 2020

Bekas Penyerang Skuad Kebangsaan Beri Nasihat Kepada Luqman Hakim

Peter De Roo: Luqman Hakim Masih Belum Bersedia Sarung Jersi Senior Skuad Kebangsaan Malaysia