Penyerang muda negara, Luqman Hakim kembali disenaraikan bersama skuad utama namun hanya memanaskan bangku simpanan dalam satu aksi persahabatan menentang Club Brugge semalam.

KV Kortrijk mengadakan perlawanan persahabatan memandangkan saingan liga sedang dihentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam aksi menentang Brugge, pengendali Kortrijk iaitu Luke Elsner meletakkan Luqman di bangku simpanan dan memberi ruang kepada penyerang muda Jerman, Jesaja Herrmann untuk bermula dalam kesebelasan utama.

Elsner membuat beberapa pertukaran khususnya pada separuh masa kedua namun nama Luqman tidak tersenarai sekaligus tidak mendapat minit bermain dalam aksi persahabatan semalam.

Kortrijk ketika ini berada di tangga kelima dalam saingan Jupiler Pro League Belgium setelah menghadapi enam perlawanan dimana mereka mencatat tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Luqman Hakim masih belum diberi peluang untuk beraksi dalam saingan liga musim ini dan beliau mempunyai peluang sekiranya menampilkan prestasi terbaik ketika sesi latihan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Rummenigge: Amat Sukar Untuk Kekalkan Erling Haaland Di Jerman

Ronaldo Pecah Rekod Ali Daei Dan Kejar Rekod Datuk Soh Chin Aun

Harry Kane Tetap Tenang, Mahu Teruskan Misi Bersama Tottenham