Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim enggan hanyut dibuai pujian yang dilontarkan terhadap beliau.

Menurut Luqman, beliau berpegang kepada nasihat jurulatih sejak di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) supaya tidak meletakkan pujian sebagai perkara utama untuk terus maju.

Hakim
Luqman Hakim

“Jurulatih saya sendiri cakap kalau dapat pujian kita jangan bangga diri. Anggap ini sebagai rezeki kita dan jangan letak pujian yang orang berikan terlampau tinggi atau atas sekali.

“Kalau kita bermain dengan pujian dan bangga diri, kita akan jadi besar kepala yang akhirnya kita akan jatuh dengan pujian. Bahaya juga pujian ini, kadang-kadang bagus dan kadang-kadang tidak.

“Seeloknya jadikan ia sebagai inspirasi untuk menuju ke hadapan, kita tak boleh hanyut dengan pujian,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Hakim
Sumber Gambar: TwtBola

Selain berjaya mendapat kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk, baru-baru ini Luqman disenaraikan dalam 80 pemain bagi memilih Golden Boy 2020 oleh media Belanda, 433.

Menurut undian semasa, Luqman kini mendahului dengan perolehan 10 peratus undian, meninggalkan pemain Sporting CP, Eduardo Quaresma dan pemain Dynamo Kyiv, Heorhiy Tsitaishvili di tempat kedua.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Mendahului Undian Bagi Anugerah “Golden Boy” Tahun 2020

Media Belanda, 433 Senaraikan Luqman Hakim Dalam Pencalonan “Golden Boy” 2019/2020

Lima Pemain Yang Mungkin Menjadi Gandingan Luqman Hakim