Dua pemain muda negara, Luqman Hakim dan Wan Kuzri Wan Kamal bakal dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad B-20 tahun di Dubai sebagai persiapan menghadapi kelayakan AFC B-23 tahun di Mongolia pada Oktober ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana selain Luqman dan Wan Kuzri, seorang lagi pemain iaitu V Annil turut dipanggil.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghantar skuad B-20 kendalian Brad Maloney bagi menghadapi kelayakan AFC B-23 tahun.

Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, ini merupakan program jangka panjang FAM bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Luqman dan Kuzri merupakan pemain yang pernah memperkuatkan skuad B-19 tahun negara sebelumnya dan ini sedikit-sebanyak bakal membantu pasukan negara untuk mengharungi peringkat kelayakan dengan baik.

V Annil pula seorang pemain pertahanan yang beraksi bersama kelab divisyen lima liga bola sepak Jerman iaitu SGV Freiburg.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Australia Berminat Untuk Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

Mahu Fokus Kelayakan Piala Dunia, Saingan Liga Vietnam Disambung Semula Pada Tahun Hadapan

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”