Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan memanggil dua pemain muda berbakat iaitu Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal bagi memperkuatkan pasukan Harimau Malaya pada tahun depan.

Beliau turut menegaskan pintu untuk skuad senior sentiasa terbuka kepada mana-mana pemain muda dan akan memantau prestasi mereka dalam kejohanan bawah umur seperti saingan Kelayakan AFC B-19 2020 yang bermula bulan depan.

“Ianya penting kerana mereka (pemain muda) merupakan masa depan. Mereka mempunyai tenaga untuk bermain, manakala pemain senior mempunyai pengalaman bermain, jadi ia satu cabaran untuk saya sebagai jurulatih membuat pilihan pemain.

“Memang betul pemain skuad Bawah 19 tahun, Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal menonjol, tapi kita masih memantau dan mereka mempunyai kejohanan penting (kelayakan Kejohanan B-19 AFC 2020) pada Nov ini. Mungkin pada tahun depan baru kita akan beri peluang kepada mereka, ” katanya dalam Bernama.

71406202_2412846445478772_7497330693270142976_n
Tan Cheng Hoe mengendalikan sesi latiahan skuad kebangsaan semalam. FOTO: FAM

Mengulas mengenai persiapan menentang Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 10 Oktober ini, Cheng Hoe sedang menunggu laporan daripada doktor perubatan mengenai kecederaan tonggak tengah, Nor Azam Azih kerana khidmat beliau amat diperlukan.

“Buat masa ini, kita nak melihat perkembangan positif daripada Nor Azam, kerana beliau telah mempamerkan aksi yang baik pada dua perlawanan sebelum ini (Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu).

“Tetapi harus di ingat bahawa kita tidak boleh bergantung kepada satu-satu pemain sahaja. Yang penting, sesiapa yang diturunkan pada perlawanan nanti, harus menunjukkan prestasi yang baik,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Sri Lanka dalam aksi persahabatan pada hari Sabtu malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum bertemu Vietnam di Stadium MyDinh, Hanoi dalam aksi Kumpulan G, kempen Kelayakan tersebut.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023.

Tan Cheng Hoe Panggil Azzizan Nordin Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

FAM Tidak Sempat Cari Pengganti Hong Kong Untuk Aksi Persahabatan Antarabangsa

Tan Cheng Hoe Kehilangan Lima Pemain Kerana Masalah Kecederaan

Sumber