Penyerang muda negara, Luqman Hakim disahkan tidak dapat menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia bawah 18 tahun (B-18) di Dubai, UAE kerana akan berangkat ke Jepun untuk menjalani latihan dengan pendahulu liga divisyen 1 Jepun (J.League), FC Tokyo pada hari Isnin ini.

Ia adalah sebahagian daripada kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) untuk membolehkan pemain muda Malaysia menimba ilmu bersama kelab-kelab JFA.

Selain Luqman, dua lagi pemain turut akan menyertai sesi latihan di negara matahari terbit itu iaitu penjaga gol skuad Malaysia B-18, Sikh Izhan Nazrel dan Ahmad Zikri Mohd Khalili.

“Saya perlu fokus latihan di Jepun walaupun sepatutnya berlatih bersama pasukan B-18 negara di sini.

“Kami akan ke sana selama seminggu dan walaupun tidak dapat bersama rakan sepasukan, kami akan tetap memberi fokus dengan persiapan selama di Jepun kelak,” kata Luqman dalam Stadium Astro

Luqman

FOTO: NFDP

Sementara itu, Sikh Izhan menyimpan impian untuk beraksi di pentas tertinggi Asia dan mahu  mengutip seberapa banyak ilmu sepanjang berada dalam kelab FC Tokyo.

“Adalah menjadi salah satu impian saya untuk beraksi di pentas tertinggi Asia dan saya mahu berikan aksi terbaik demi keluarga, rakan-rakan dan negara dalam usaha membangunkan lagi bola sepak negara.

“Saya harap dapat buat yang terbaik sepanjang bersama FC Tokyo untuk karier jangka panjang dalam bola sepak,” kata Sikh Izhan.

67096110_2283167295113355_3600373468220096512_n

FOTO: FAM

Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, turut mengesahkan tiga pemain tersebut tidak akan mengikuti sesi latihan di Dubai sebagai persiapan menghadapi saingan Kelayakan AFC B-19 di Kemboja bulan depan.

Maloney dijangka akan mengumumkan 24 pemain yang dibawa dan turut dijadualkan menghadapi tiga perlawanan persahabatan di sana termasuk bertemu skuad bawah 19 tahun UAE.

“Masih terlalu awal untuk mengatakan pemain manakah yang akan tersenarai. Saya akan buat keputusan muktamad selepas sesi latihan esok (hari ini),” katanya.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan Luqman Hakim yang mendapat kontrak beraksi bersama kelab Liga Belgium tahun depan. 

Kisah Sahih Mengenai Bagaimana Hubungan Luqman Hakim, KV Kortrijk Dan Cardiff City Bermula

Berapakah Gaji Sebenar Yang Akan Diterima Oleh Luqman Hakim Bersama KV Kortrijk?

KV Kortrijk, Kelab Divisyen Utama Liga Belgium Sambar Luqman Hakim Dengan Kontrak 5 Tahun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group