Seperti yang kita semua ketahui, penyerang utama skuad bawah 18 tahun Malaysia, Luqman Hakim serta 3 lagi rakan sepasukan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kini sedang menyertai sesi latihan bersama Cerezo Osaka.

Sejak mereka berlepas ke sana, tidak banyak maklumat serta perkembangan yang diketahui oleh peminat di Malaysia. Jika ada pun tidak ada yang melaporkan apa aktiviti yang berlaku  di Osaka.

luqman hakim cerezo osaka

Terkini, dari maklumat yang kami terima semua 4 pemain yang bersama Cerezo Osaka sedang berlatih dengan skuad bawah 18 tahun yang juga merupakan pasukan remaja elit Cerezo Osaka selepas hampir 1 minggu disana.

Berdasarkan maklumat itu juga, difahamkan Luqman Hakim serta 3 lagi pemain lain iaitu Harith Haiqal Adam Afkar, Muhammad Firdaus Khaironisam dan Ali Imran Sukari sudah menjalani sekitar 6 sesi latihan bersama skuad itu.

luqman hakim cerezo osaka

Hari ini pula mereka dijadualkan untuk bertemu sebuah pasukan sekolah tinggi dalam perlawanan ujian di padang Cerezo Osaka Sports Park Maishima.

Semua 4 pemain yang berada disana tiada masalah untuk bersaingan sesama mereka dan tiada perbezaan ketara dari segi kemahiran serta kebolehan pada peringkat umur yang sama.

Persoalan yang bermain diminda sekarang adalah mampukah mereka untuk memecah masuk ke pasukan senior?

luqman hakim cerezo osaka

Dari maklum balas yang diterima, menyatakan bahawa mereka masih belum betul-betul bersedia atau mampu bersaing dengan pemain lebih senior atas faktor kematangan dalam liga kompetitif.

Mungkin mereka memerlukan masa sekitar 1 hingga 2 tahun pengalaman lagi sebelum mampu mencabar tempat dalam pasukan senior.

Semua 4 pemain ini akan menjalani latihan seperti program yang telah ditetapkan oleh FAM dan MSN sehingga 13 September 2019 sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

MVP AFC U16 2018 Dan 2 Pemain BG Pathum United Bersama Cerezo Osaka

Apa yang lebih menarik, ada 2 pemain dari Thailand berumur 18 dan 19 tahun sedang beraksi dengan Cerezo Osaka U23 dalam saingan J3 League secara pinjaman dari BG Pathum United selama 1 musim.

Screenshot 2019-09-07 at 11.36.50 PM

Phongrawich Jantawong sehingga kini sudah merekodkan 7 penampilan dengan 205 minit masa bermain serta menjaringkan 1 gol. Manakala bagi Tawan Khotrsupho pula mencatatkan 5 penampilan dengan 18 minit masa bermain.

resize

Selain itu, bekas pemain skuad bawah 16 tahun Jepun yang juga merupakan MVP kejohanan AFC U16 2018, Jun Nishikawa juga kini bersama Cerezo Osaka.

Beliau menyertai Cerezo Osaka sebagai seorang pemain berstatus ‘special designated player’ dan telah melakukan debut J1 League pada April 2019.

Jepun Hantar 5 ‘Pengintip’ Untuk Analisa Rapi Skuad Malaysia U16

Profil 23 Pemain Skuad Jepun U16 Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia U16

Biasiswa Persekolahan Di Jepun Bernilai RM100,000 Ditawarkan Untuk Tiga Pemain Muda Malaysia

1 KOMEN
  • Palace

    Nampak gaya ada lagi bakat yang bakal terkubur.

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group