Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin memberi respon mengenai tanggapan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai jelmaan lagenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Menurut Luqman, beliau tidak mahu memberi terlalu banyak perhatian mengenai tanggapan tersebut kerana masih lagi berada di peringkat awal dalam karier bola sepaknya.

Luqman Hakim
Aksi Luqman ketika saingan AFC B-16 Tahun
Sumber Gambar: IB

“Disamakan dengan lagenda bola sepak negara saya tidak mahu mengambil perkara itu sebagai medan untuk saya membangga diri. Mungkin itu kata-kata daripada pihak luar.

“Saya harus merendah diri kerana masih berada di peringkat awal karier. Mungkin bagi sesetengah pemain, persamaan itu membuatkan mereka lupa diri.,” katanya ketika ditemui semalam.

Luqman
Allahyarham Mokhtar Dahari

Ramai pihak menganggap Luqman sebagai penerus legasi Supermokh kerana beliau mempunyai gaya permainan serta kemampuan yang serupa dengan pemain yang pernah beraksi bersama pasukan Selangor itu.

Luqman mempunyai kelajuan serta kemampuan untuk membawa bola, sama seperti Mokhtar Dahari sewaktu beraksi ketika zaman 70an dan 80an.

Ketika ini, Luqman sedang berada dalam kem latihan pusat skuar B-22 tahun negara bagi menghadapi saingan Sukan SEA 2019 di Filipina.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim yang telah kami sediakan di sini:

Luqman Tekad Rebut Tempat Dalam Skuad Sukan SEA 2019

Luqman Hakim Pilihan Utama Lengkapkan Trio Serangan

Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan