Vocket FC sebelum ini melaporkan penyerang skuad B-18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin bakal berkelana ke Eropah apabila kelab divisyen utama Liga Belgium, K.V. Kortrijk akan menandatangani pemain itu.

Meskipun dikaitkan dengan beberapa kelab liga Super termasuk perpindahan ke kelab Jepun, Cerezo Osaka, namun K.V Kotrijk berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan khidmatnya untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Bagaimanapun, kelibatnya kelihatan di pusat latihan Selangor baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sama ada beliau akan menyertai skuad gergasi merah pada musim ini.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengendali skuad Selangor, B. Satiananthan menafikan Luqman akan menyertai mereka sebalik pemain itu hanya hadir untuk meningkatkan tahap kecergasan sebelum ke eropah.

Luqman akan dihantar ke Cardiff City pada hujung bulan ini bagi menjalani latihan dan apabila Luqman mencecah usia 18 tahun pada Mac ini, barulah beliau akan menandatangani kontrak profesional bersama kelab yang berpangkalan di bandar Kotrijk.

“Tak (Tidak panggil Luqman). Saya mahu Luqman fokus untuk persiapan dia ke Eropah bersama kelab Belgium nanti pada bulan Mac nanti.

“Malah, saya difahamkan kemungkinan hujung bulan ini dia akan ke Cardiff City untuk membiasakan diri dengan cuaca dan suasana bola sepak Eropah.

“Jadi saya tak adalah sampai terdesak nak guna Luqman untuk Cabaran Asia kerana kita mempunyai ramai lagi pemain yang boleh isi tempat Nor Hakim.

“Apa yang penting, saya nak Luqman beri tumpuan dan ini adalah peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap ke Eropah dan harap lebih ramai pemain akan ikut jejaknya,” kata Sathianathan kepada Arena Metro.

AMD
Aksi Luqman Hakim dalam saingan Sukan SEA 2019 di Filipina. FOTO: FAM

Di Belgium, Luqman akan ditemani oleh jurubahasa yang dilantik untuk memudahkannya berkomunikasi dengan barisan jurulatih dan para pemain. Makanan dan kemudahan penginapan turut disediakan oleh pihak kelab.

Terdapat segelintir peminat bola sepak tempatan menyifatkan pemergian Luqman ke kelab KV Kortrijk menggunakan “kabel” atau atas ehsan daripada pemilik kelab tersebut yang merupakan rakyat Malaysia iaitu Tan Sri Dato Seri Vincent Tan.

Bagaimanapun, sumber daripada  New Straits Times  menafikan dakwaan itu dan menjelaskan barisan jurulatih KV Kortrijk terpikat dengan aksi Luqman setelah mereka menonton rakaman video perlawanan yang dihantar oleh wakil NFDP.

“Kami telah menghantar video pertama pada awal tahun ini dan yang kedua selepas kejohanan AFF B-18 pada bulan lepas. Kortrijk telah menghubungi kami melalui pemilik kelab (Tan Sri Vincent Tan), mereka meluahkan hasrat untuk mendapatkan khidmat Luqman.

luqman hakim

“Ini secara merit, tiada sebab mereka mahu mengikat kontrak selama 5 tahun jika Luqman tidak bagus.

“Kami juga telah menghantar video 4 pemain lain dalam skuad Malaysia B-18 iaitu Sikh Izhan, Firdaus Kaironissam, Umar Hakeem dan Harith Haiqal ke kelab itu tetapi setakat ini mereka hanya mahukan khidmat Luqman.

“Cardiff City turut menerima rakaman video tersebut tetapi kelab yang berpengkalan di United Kingdom itu tidak boleh menandatangani pemain kita kerana kedudukan ranking FIFA Malaysia yang kurang memuaskan ketika itu (159 dunia),” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim yang mungkin anda terlepas pandang.

Berapakah Gaji Sebenar Yang Akan Diterima Oleh Luqman Hakim Bersama KV Kortrijk?

Luqman Hakim Sebaris Dengan Pemain FC Barcelona, Ansu Fati Dalam Senarai 60 Pemain Muda Paling Berbakat Dunia

Luqman Hakim Dan Dua Rakan Sepasukan Ke Jepun Sertai Sesi Latihan FC Tokyo