Penyerang muda negara, Luqman Hakim terus mengutip minit permainan bersama kelabnya, KV Kortrijk dimana beliau diturunkan dalam satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Kortrijk mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang KMSK Deinze Jumaat lalu setelah saingan Liga Belgium menutup tirai pada April lalu.

Pengurus Kortrijk, Luke Elsner meletakkan Luqman di bangku simpanan pada perlawanan tersebut dan hanya memasukkan beliau pada minit ke-68.

Luqman masuk bagi menggantikan Teddy Chevalier dan ketika bekas pemain Selangor itu dimasukkan, Kortrijk sedang mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Tempoh 22 minit yang diberikan kepada Luqman bagaimanapun gagal diterjemahkan kepada jaringan namun apa yang lebih penting ialah beliau mendapat minit permainan bersama skuad senior.

Sekiranya Luqman menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan, tidak mustahil Elsner akan terus menyenaraikan beliau dalam skuad utama bagi perlawanan persahabatan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Susuk Badan ‘Sado’ Luqman Hakim Dalam Kem Latihan Kebangsaan Jadi Bualan Hangat Penyokong Harimau Malaya

Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain

Luqman Hakim Mahu Capai Tahap Tertinggi Di Tahun 2021