Penyerang muda negara, Luqman Hakim membantu KV Kortrijk mencatat kemenangan besar ke atas KRC Harelbeke dalam satu aksi pemanas badan sebelum saingan Jupiler Pro League musim 2021/2022 membuka tirai.

Luqman bermula dari bangku simpanan pada perlawanan tersebut dan beliau kemudiannya dimasukkan pada separuh masa kedua ketika Kortrijk sedang mendahului 3-0.

Pada minit ke-86, Luqman membuat larian ke dalam kawasan penalti dan kemudiannya beliau dijatuhkan oleh pertahanan lawan sekaligus memberi sepakan penalti kepada Kortrijk.

Sepakan penalti itu disempurnakan oleh Muhammed Badamosi sekaligus memberikan kemenangan 5-0 kepada skuad bimbingan Luke Elsner itu.

Luqman Hakim baru sahaja menamatkan tugas bersama skuad Harimau Malaya dalam perlawanan saingan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kini fokus Luqman terarah kepada mempersiapkan diri bagi menghadapi musim kedua beliau dalam saingan Liga Belgium.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain negara yang beraksi di Eropah di sini:

Skuad Kebangsaan Iraq Hubungi Pemain Kacukan Negara, Jaami Qureshi

Luqman Hakim Dan Arif Aiman Wajar Diberikan Peluang Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Jaami Qureshi Bantu Brighton & Hove Albion Muncul Juara Premier League Cup B-17