Bekas penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim Shamsudin antara 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-18 tahun kebangsaan, Brad Maloney bagi menghadapi Kejohanan Piala Next Media B-18 AFF 2019 yang akan bermula pada 6 hingga 19 Ogos 2019 di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Luqman merupakan penyerang prolifik skuad Malaysia B-16 ketika dibawah kendalian Lim Teong Kim dan merupakan produk daripada Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP).

67512651_2309949832435101_4880794302529142784_o

Luqman Hakim bersama rakan sepasukannya. FOTO: FAM

Malah, beliau pamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan Piala Sanix di Fukuoka pada bulan Mac lalu apabila menjadi satu-satunya pemain muda dari Malaysia yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik Piala Sanix 2019. Dia telah terpilih dalam kalangan ratusan bakat muda yang hebat dan paling menarik, beliau telah dipilih sendiri oleh ketua jurulatih kelab-kelab yang bertanding.

Dalam senarai tersebut, 10 pemain adalah pelatih daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala selebihnya merupakan pemain daripada skuad Piala Belia negeri masing-masing. Maloney turut menyenaraikan dua wakil dari Borneo iaitu Mohd Nasip Mohamad Zain (Sabah) dan Alan Lagang Keryer (Sarawak).

mas

Dalam kejohanan tersebut, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan bertemu tuan rumah, Vietnam pada 7 Ogos 2019 (Rabu) di Stadium Thong Nhat dalam aksi pembuka tirai sebelum menentang Singapura pada 9 Ogos 2019 (Jumaat) juga di Stadium Thong Nhat, Kemboja pada 11 Ogos 2019 (Ahad) di Stadium Thanh Long, Australia pada 13 Ogos 2019 (Selasa) di Stadium Thanh Long dan Thailand pada 15 Ogos 2019 (Khamis) di Stadium Thanh Long.

Peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan semua perlawanan yang melibatkan skuad negara di saluran Astro Arena mulai hari rabu ini.

ACL VOCKET-01-01

Perlawanan separuh akhir pula akan diadakan pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) di Stadium Binh Duong manakala aksi Final dan penentuan tempat ketiga dan keempat dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos 2019 (Isnin) di Stadium Thong Nhat.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group