Penyerang muda skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin masih berlatih bersama skuad gergasi merah bagi meningkatkan tahap kecergasannya sebelum berkelana ke eropah.

Vocket FC sebelum ini melaporkan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari itu bakal menyertai kelab divisyen utama Liga Belgium, K.V. Kortrijk pada bulan Mac 2020 dengan kontrak selama 5 tahun.

Meskipun dikaitkan dengan beberapa kelab liga Super termasuk perpindahan ke kelab Jepun, Cerezo Osaka, namun K.V Kotrijk berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, sesi latihannya di Cardiff City pada bulan Januari ini terpaksa ditangguhkan ke pertengahan bulan Februari atas sebab-sebab tertentu.

“Saya diberitahu bahawa saya hanya akan pergi pada bulan Februari kerana saya perlu menjawab panggilan skuad negara (bawah 19 tahun) tidak lama lagi. Tetapi setakat ini saya tidak pernah mendengar apa-apa.

“Pada masa ini, saya berlatih dengan pasukan Selangor,” katanya seperti dipetik dalam New Straits Times.

Luqman Hakim
Luqman Hakim Shamsudin.

Pengendali skuad Selangor, B. Satiananthan turut menafikan Luqman akan menyertai mereka sebalik pemain itu hanya hadir untuk meningkatkan tahap kecergasan sebelum ke eropah.

“Tak. Saya mahu Luqman fokus untuk persiapan dia ke Eropah bersama kelab Belgium nanti pada bulan Mac nanti.

“Malah, saya difahamkan kemungkinan hujung bulan ini dia akan ke Cardiff City untuk membiasakan diri dengan cuaca dan suasana bola sepak Eropah.

“Apa yang penting, saya nak Luqman beri tumpuan dan ini adalah peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap ke Eropah dan harap lebih ramai pemain akan ikut jejaknya,” kata Sathianathan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim yang mungkin anda terlepas pandang.

Berapakah Gaji Sebenar Yang Akan Diterima Oleh Luqman Hakim Bersama KV Kortrijk?

Luqman Hakim Sebaris Dengan Pemain FC Barcelona, Ansu Fati Dalam Senarai 60 Pemain Muda Paling Berbakat Dunia

Luqman Hakim Dan Dua Rakan Sepasukan Ke Jepun Sertai Sesi Latihan FC Tokyo