Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dijangka akan diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Jordan malam ini. Ia adalah peluang terbaik untuk pemain KV Kortrijk membuktikan ketajaman penyudah.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui Luqman semakin serasi bersama pemain lain dan beliau mahu memberikan lebih banyak minit permainan kepadanya di pentas antarabangsa.

“Kita (barisan kejurulatihan) tahu kemampuan dan tahap keyakinan Luqman kerana selepas beberapa kali bersama pasukan kini beliau nampak semakin serasi dengan pemain lain.

“Kita akan terus memantau perkembangannya dan sudah tentu akan diberi minit permainan sewajarnya kepada beliau bersama skuad kebangsaan kali ini,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

Wan Kuzri
Sumber Gambar: FAM

Luqman ketika ini hanya sempat diturunkan sebagai pemain gantian ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai pada bulan Jun lepas.

Selain Luqman, Tan Cheng Hoe turut membawa beberapa muka baharu seperti penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

Beliau juga akan menilai setiap pemain ini dan mereka akan diberi peluang bermain dan membuktikan kemampuan untuk merebut tempat dalam skuad utama.

“Kami sedang menilai setiap pemain baharu yang datang ke skuad kebangsaan kali ini dan selepas beberapa sesi latihan kita nampak mereka ada kesungguhan serta keyakinan dan sudah tentu semua pemain yang datang ke skuad kebangsaan akan diberikan peluang beraksi,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Shahrul Nizam Gagal Lapor Diri Kerana Turun Ke Laut

Fayadh Zulkifli Amin Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi