Luqman Hakim berpeluang untuk menampilkan kualiti beliau apabila KV Kortrijk akan menjalani satu lagi perlawanan persahabatan menentang Club NXT hari ini.

Pada perlawanan menentang RWD Molenbeek Selasa lalu, Luqman disenaraikan dalam matchday squad dan beliau pada mulanya diletakkan di bangku simpanan.

Memasuki separuh masa kedua, pengendali Kortrijk, Yves Vanderhaeghe memasukkan Luqman pada minit ke-63 bagi memperkuatkan jentera serangan dimana ketika itu Kortrijk sedang ketinggalan 2-1.

Luqman mempunyai peluang keemasan untuk menyumbang jaringan bagi Kortrijk. Namun beliau gagal untuk menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, Eric Ocansey pada minit ke-69. Perlawanan berakhir dengan menyaksikan Kortrijk tewas 4-3 kepada Molenbeek.

Menentang Club NXT, Luqman dilihat mempunyai peluang untuk menampilkan kualiti beliau sekiranya disenaraikan dalam skuad utama bagi menghadapi perlawanan hari ini.

Memandangkan ini ialah perlawanan persahabatan ataupun pemanas badan, Luqman mungkin disenaraikan dalam kesebelasan utama setelah sebelumnya masuk sebagai pemain gantian.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek

Luqman Hakim Perlukan Masa Untuk Beraksi Bersama Skuad Utama KV Kortrijk

Luqman Hakim Tunjuk Perkembangan Positif, Sedang Berusaha Tingkatkan Tahap Fizikal