Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bermula di bangku simpanan skuad KV Kortrijk hari ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang KV Oostende di Stadium Guldensporen.

Perkara ini diumumkan oleh KVK menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Luqman kembali menyertai pasukan sejak berehat panjang akibat kecederaan hamstring yang dialami pada Oktober lalu.

Selepas pulih daripada kecederaan hamstring, Luqman sebelum ini terlibat dalam satu perlawanan iaitu pada aksi pemanas badan menentang Royal Excel Mouscron Januari lalu.

Setakat ini, pengendali baharu KV Kortrijk, Luka Elsner masih belum memberi peluang kepada Luqman Hakim untuk beraksi dalam skuad utama dalam saingan Liga Belgium.

Perlawanan persahabatan hari ini merupakan medan untuk beliau meningkatkan tahap kecergasan dan mendapatkan prestasi terbaiknya.