Penyerang muda negara yang beraksi di Eropah, Luqman Hakim akan mula menjalani latihan secara individu bermula minggu hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana KV Kortrijk menyatakan jika proses pemulihan berjalan lancar, Luqman akan mula berlatih secara individu bermula minggu hadapan.

“Luqman mengalami kecederaan otot hamstring yang koyak. Jika semuanya berjalan lancar, beliau akan mula berlatih secara individu pada minggu hadapan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Luqman mengalami kecederaan hamstring pada kaki kanannya ketika menjalani sesi latihan, sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht dalam saingan Jupiler Pro League bulan lalu.

Individu
Sumber Gambar: KV Kortrijk

Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, otot Luqman koyak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus dinasihatkan agar berehat selama tiga minggu.

Disebabkan kecederaan yang dialami, Luqman terlepas aksi menentang K Beerschot minggu lalu yang mana Kortrijk meraih keputusan Seri 5-5.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk

Luqman Hakim Alami Kecederaan, Terpaksa Berehat Tiga Minggu