Juara Thai League 1, Buriram United semalam mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Hoang Anh Gia Lai (HAGL) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Luong Xuan Truong.

Pihak HAGL telah mencapai kata sepakat untuk meminjamkan Luong Xuan Truong secara pinjaman selama 1 musim kepada kelab Buriram United selepas beraksi dalam K League 1 selama 3 musim bersama Incheon United dan Gangwon FC, juga secara pinjaman.

Ketika bersama Akademi HAGL-Arsenal JMG, Luong Xuan Truong pernah dipanggil oleh pihak Arsenal untuk mengikuti latihan bersama skuad Arsenal U17 selepas Arsene Wenger terpukau dengan aksi mereka apabila berjaya menewaskan Arsenal U17.

Selain beliau, 3 lagi pemain HAGL- Arsenal JMG juga dipanggil untuk menyertai sesi latihan itu – Nguyen Cong Phuong, Nguyen Tuan Anh dan Tran Huu Dong.

Nguyen Cong Phuong kini beraksi untuk Incheon United dan 3 musim sebelumnya dipinjamkan ke kelab J2 League – Mito Hollyhock. Manakala, Nguyen Tuan Anh pula pernah dipinjamkan ke kelab Yokohama FC selama 1 musim.

Sebelum ini, Buriram United juga telah menandatangani seorang pemain tengah berprofil tinggi Jepun, Hajime Hosogai bagi memperkuatkan pasukan mereka terutamanya menghadapi saingan AFC Champions League peringkat kumpulan yang akan bermula tidak lama lagi.