Pemain kelab Vissel Kobe, Lukas Podolski yang sebelum ini mencetus perbualan orang ramai apabila dikatakan bakal meyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), hari ini berada di Johor Bahru bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Dalam kemaskini melalui laman sosial rasmi kelab JDT itu, gambar Lukas Podolski ketika membuat lawatan ke fasiliti kelab seperti Stadium Sultan Ibrahim, Pejabat Kelab JDT dan kemudahan di Padang Seri Gelam telah dimuat naik.

PODOLSKI IN THE HOUSE!#JDT#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 15 January 2020

Berdasarkan gambar-gambar itu, dapat dilihat Lukas Podolski seperti gembira serta teruja dengan fasiliti yang dimiliki oleh pasukan JDT selain turut merakamkan sendiri gambar kemudahan yang disediakan.

82147262_1567592506737376_2616079045443452928_o

Selain itu, TMJ dan Lukas Podolski juga ada mengadakan perbincangan didalam bersama beberapa lagi pihak seperti Martin Prest, Alistair Edwards dan juga Kevin Ramalingam yang mungkin bertukar-tukar pendapat serta pandangan sesama mereka.

Dalam satu artikel yang telah diterbitkan sebelum ini, TMJ ada menyatakan bahawa Lukas Podolski akan datang ke Johor untuk berbincang mengenai keinginan beliau menyertai pasukan JDT.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang klu samada JDT akan menandatangani Lukas Podolski sebagai pemain atau pun kerjasama lain untuk musim 2020.

Sama-sama kita nantikan maklumat serta pengesahan rasmi dari pihak JDT dalam masa terdekat, dan jika ianya berlaku pastinya akan menjadi topik hangat peminat bola sepak di Asia khususnya.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski Berminat Sertai Johor Darul Ta’zim

Lukas Podolski Mungkin Tidak Sempat Bertemu JDT Di AFC Champions League 2020

Vissel Kobe Paling Tinggi Purata Bayaran Gaji Di Jepun, 4 Kelab CSL Hampir Dua Kali Ganda Lebih Tinggi

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group