Romelu Lukaku cemerlang bersama dengan Inter Milan sejak berpindah dari Manchester United. Beliau turut menjadi bintang utama Inter dalam menamatkan kemarau kejuaraan Serie A.

Pada musim pertamanya, Lukaku mencatatkan statistik luar biasa. Menjaringkan 34 gol daripada 51 perlawanan. Malang sekali beliau masih gagal membantu kelabnya menjuarai Serie A.

Di mana ketika itu Inter hanya menduduki tangga kedua Seri A dan hanya sampai separuh akhir Copa Italia. Di saingan Liga Europa pula, Inter pada ketika itu menjadi naib juara.

Lukaku meneruskan prestasi cemerlangnya pada musim 2020/21. Beliau mencetak 30 gol daripada 44 penampilannya. Akhirnya Lukaku dan Inter menjulang Serie A dengan meninggalkan seteru sebandar, AC Milan, 12 mata di belakang mereka.

Romelu Lukaku

Selepas tamat musim, pemilik Inter dilaporkan mahu Antonio Conte menjual pemain untuk menjana €80 juta bagi mengurangkan beban kewangan kelab ketika pandemik.

Itu yang menyebabkan Conte meminta penamatan kontrak awal. Namun Lukaku, Lautaro Martinez dan juga Achraf Hakimi, semuanya dalam senarai sasaran kelab lain.

Conte tidak berpuas hati kerana beliau mahukan dana perpindahan untuk menguatkan pasukan bagi mempertahankan kejuaraan.

Conte mahu membina pasukan yang dominan di Serie A untuk beberapa musim.

Simone Inzaghi kemudian dilantik dan memutuskan untuk menjual Hakimi ke PSG dengan nilai €60 juta. Dengan bonus €11 juta lagi akan dibayar pada masa akan datang.

Namun Lukaku terus menjadi sasaran beberapa kelab lain, antaranya adalah dua bekas kelabnya, Manchester United dan Chelsea.

Tuchel dikatakan sangat berminat dengan Lukaku. Ini kerana Harry Kane dilihat terlalu mahal di pasaran perpindahan.

Namun Inter Milan akhirnya menyatakan bahawa pemain antarabangsa Belgium itu bukan untuk dijual. Kontrak semasa Lukaku masih ada sehingga 2024.

CEO Inter Milan, Giuseppe Marota berkata kepada Football Italia: “Lukaku bukan untuk dijual. Lukaku merupakan bahagian penting dalam papan catur kita yang sedia ada untuk digunakan oleh Simone Inzaghi.”