Kapten Croatia, Luka Modric memanaskan pertemuan di antara England dan Croatia apabila melabel bahawa England sebagai angkuh.

Namun Modric menyatakan ianya tidak ada kaitan dengan pemain mereka. Tetapi lebih kepada sikap penyokong dan media England.

Croatia akan berhadapan dengan England dalam aksi pembukaan Euro. Ianya adalah ulangan kepada aksi semifinal Piala Dunia 2018 di mana Modric mengetuai Croatia menewaskan England 2-1.

Selepas kemenangan tersebut, Modric ketika itu menganggap sikap England yang memandang rendah Croatia adalah satu kesilapan besar.

Modric kini tampil membetulkan pemahaman tentang kenyataannya. Dia tidak memaksudkan pemain England sebagai angkuh. Tetapi penyokong dan media Ingegris.

“Sikap angkut itu tidak ada kaitan dengan pemain dan pasukan kebangsaan England, namun lebih kepada orang di sekitarnya [penyokong], segelintir orang wartawan, pundit, dan juga yang lain lain.”

“Sejak akhir akhir ini, saya tak baca sangat media media ini.”

“Saya tak sabar untuk aksi ini, dan saya tak nak bercakap banyak tentang pasukan lawan kami.”

Modric kemudian menyatakan rasa hormatnya kepada pasukan England yang memiliki kualiti sangat baik.

“Saya menjangkakan pasukan England akan bermain dengan sangat agresif, sangat bertenaga sebaik sahaja sepak mula.”

“Mereka juga akan bermain di hadapan penyokong mereka pada aksi awal Euro, jadi saya jangkakan ini perlawanan yang sengit.”

“Ianya terpulang kepada kami sendiri untuk memberikan apa yang kami mampu dan segala yang kami ada.”

“Kita akan tengok bagaimana perlawanan ini berlangsung. Kami sudah bersedia dengan sebaiknya, kami bekerja keras dalam seminggu ini.”

Baca juga artikel

Keperwiraaan Dan Kepimpinan Simon Kjaer Dipuji Ketika Menyelamatkan Nyawa Rakan Sepasukannya

Euro 2020: Dua Jaringan Lukaku Bantu Belgium Hampakan Rusia

Euro 2020: Joel Pohjanpalo Muncul Wira Finland Tundukkan Denmark