Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengendali baharu kelan Liga Pro Belgium, KV Kortrijk iaitu Luke Elsner mempunyai pesanan untuk penyerang pasukan yang juga pemain muda negara, Luqman Hakim.

Menurut laporan Harian Metro, Elsner mahu Luqman untuk meningkatkan usaha ketika sesi latihan sekaligus mencabar pemain lain dalam pasukan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Luke Elsner

Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Sayadan pemain lain ada jumpa dan berbincang dengannya mengenai pasukan. Beliau minta saya berusaha lagi dalam latihan supaya dapat bersaing dengan pemain lain.

“Saya ambilnya secara positif dan sekarang saya kena usaha lagi untuk dapat kepercayaan jurulatih. Beliau ada cara tersendiri dan saya yakin beliau mampu bawa sesuatu kepada pasukan,” katanya.

Luke Elsner dilantik bagi menggantikan Yves Vanderhaeghe selepas mereka tewas kepada Charleroi pada perlawanan Jupiler Pro League awal bulan ini.

Kekalahan kepada Charleroi merupakan kekalahan kali kesebelasan Kortrijk dalam saingan liga yang mana menyaksikan mereka terjatuh ke tangga ke-14.

Luke Elsner

Sumber Gambar: KV Kortrijk

Elsner dilaporkan telah menamatkan tempoh kuarantin yang diwajibkan setelah tiba di Belgium dan beliau dijangka akan terus mengendalikan sesi latihan pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Tersenarai Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk

Luqman Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bulan Depan

Luqman Hakim Mahu Capai Tahap Tertinggi Di Tahun 2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group