Ayam tambatan Atletico Madrid, Luis Suarez mendedahkan bahawa pengendali Barcelona, Ronald Koeman sebagai seorang yang tidak mempunyai keperibadian susulan keputusan membiarkannya meninggalkan The Blaugrana pada pra-musim lalu.

Cemerlang bersama Barcelona, Suarez terpaksa memilih haluan berbeza selepas Koeman tidak memerlukan khidmatnya untuk membawa cabaran kelab tersebut menghadapi musim 2020/21.

Keadaan itu jelas membuatkan Suarez kecewa tetapi penyerang kelahiran Uruguay itu pantas membuktikan kualiti yang ada padanya selepas beliau membantu Atletico Madrid menjuarai kempen La Liga musim ini.

Beliau berjaya menjaringkan 21 gol dalam saingan liga sekali gus menjadi penjaring keempat terbanyak dibelakang pemenang kasut emas, Lionel Messi, Gerard Moreno dan Karim Benzema.

Mengulas mengenai penghijrahannya ke Atletico Madrid, Suarez tanpa berselindung mengakui beliau tidak langsung berdendam dengan kelab lamanya itu.

“Saya tidak pernah akan menyalahkan Barcelona, mereka telah memberikan saya segala-galanya dan mungkin dapat menjadikan saya pemain elit.”

“Namun, jelas sekali presiden [Josep Maria Bartomeu] telah bercakap mengenai segalanya kepada media berbanding menghubungi saya,” ujar Suarez menurut laporan Goal.

“Ketika mereka sangat menginginkan Leo [Messi] untuk terus kekal bersama pasukan, mereka menghubungi dan memanfaatkan saya untuk memujuk dia bertahan, begitu juga ketika mahu berbicara tentang [Antoine] Griezmann, jadi mengapa mereka tidak menelefon saya ketika mereka mahu saya pergi?”

“Koeman mengatakan kepada saya bahawa saya tiada dalam perancangannya, kemudian dia mengatakan: ‘Sekiranya kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini esok, anda akan berada dalam perancangan saya dan saya akan menurunkan anda pada aksi bertemu Villareal.”

“Saya melihat Ronald Koeman sebagai seorang yang tidak mempunyai sifat keperibadian. Dia tidak cukup berani untuk memberitahu saya tidak diperlukan. Keputusan untuk menjual saya adalah datang dari pengurus kelab,” tambah Suarez lagi.

Baca artikel lain dari kami tentang Luis Suarez:

Luis Suarez Luah Kekecewaan, Anggap Barcelona Perlu Hormati Dirinya

Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez

3 Fakta Mengenai Luis Suarez Dan Pasukan Uruguay Selepas Bertemu Arab Saudi

Sumber