Jurulatih dari Sepanyol, Luis Milla sempat memberikan pandangannya tentang tiga negara di Asia Tenggara yang paling susah untuk dikalahkan ketika membimbing skuad garuda pada tahun 2017 hingga 2018.

Dalam satu wawancara khas di laman YouTube Bang Bes, beliau berkongsi pengalamanya ketika mengendalikan skuad Indonesia B-23 dalam saingan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Milla mendedahkan pasukannya menghadapi kesukaran untuk mengalahkan 3 negara ini iaitu Thailand, Vietnam dan Malaysia. Mereka berjaya mencatat keputusan seri ke atas Thailand dan Vietnam yang juga merupakan pasukan pilihan.

“Saya merasakan ketika pertandingan pertama yang kita hadapi, ada pasukan yang kamu tahu sangat menyukarkan kita dan lebih hebat daripada kita. Kita berjaya mengikat Thailand dan Vietnam.

“Mereka bermain bagus dan secara teori, Thailand dan Vietnam adalah pasukan yang sangat kuat,” katanya.

Bagaimanapun, masih ada ‘badi’ yang menghalang mereka daripada menewaskan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ketika itu apabila tewas 0-1 di peringkat separuh akhir.

“Kami masih ingat ketika kita lawan Malaysia, kurang bernasib baik di separuh akhir. Padahal kita sudah bermain bagus cuma tiada gol sahaja. Mereka jaringkan gol melalui situasi bola mati.

“Kita tahu mereka adalah pasukan istimewa. Menurut saya, kita sudah bermain baik dan matlamat utama ketika itu sudah tercapai walaupun gagal ke perlawanan akhir,” tambahnya.

006081000_1503763533-20170826VYT_Indonesia_Vs_Malaysia_20
Tandukan Thanabalan membawa Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017.

Namun begitu, mereka menebus kekecewaan itu dengan meraih pingat gangsa Sukan SEA 2017 selepas menewaskan Myanmar, 3-1.

“Kita akhirnya melawan Myanmar dan bermain sangat bagus. Menurut saya, pasukan kita datang dengan segala kekurangan. Namun, kembali dengan kelebihan (pengalaman). Jelas ya,” ujar bekas pemain Real Madrid dan Barcelona itu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Sudah Tiga Bulan Liga Indonesia Ditangguhkan, Stadium PSM Makassar Berubah Jadi Kebun Sayur

Guna Patung Seks Sebagai Penonton Di Stadium, FC Seoul Mohon Maaf

Liga Thailand Ramal Kerugian Hampir RM700 Juta, Mohon Kelonggaran Prosedur Untuk Perlawanan Bola Sepak