Nama Ansu Fati kini menjadi hangat di Eropah terutama sekali di Sepanyol.

Beliau kini menjadi penjaring paling muda dalam sejarah pasukan kebangsaan Sepanyol ketika menjaringkan gol pada September lalu.

Sejak Ronald Koeman mengambil alih Barcelona, Ansu Fati dilihat sebagai pemain yang lebih penting.

Musim lalu beliau memainkan peranan penting dalam beberapa bulan terakhir kempen Barcelona.

Oleh kerana prestasi cemerlangnya, sudah ramai peminat dan media mulai memainkan agenda untuk mendesak Luis Enrique membentuk sistem berasaskan pemain 17 tahun itu.

Cadangan itu pantas dibidas oleh Enrique yang menganggap ia tak masuk akal.

Enrique meminta kesemua pihak di negaranya bertenang dan tidak terlalu memberikan beban dan tekanan di bahu pemain yang sedang membangun.

“Kami tidak akan membina sistem berdasarkan Ansu Fati. Pasukan sentiasa di atas individu, namun kami boleh melakukan sesuatu jika saya rasa ianya sepadan.”

“Tidak ada sistem kami yang akan dibentuk berdasarkan seorang pemain. Sistem adalah pasukan.”

“Kamu semua harus bertenang dengan Ansu Fati. Berikan dia ruang untuk membangun sebagai insan dan pemain.”

Ditanya bagaimana mereka akan membentuk sistem serangan mereka, Enrique berkata:

“Setiap jurulatih akan mahukan pemain seperti Harry Kane, Luis Suarez atau Marco van Basten.”

“Tapi kami tak ada pemain macam ini, jadi kami akan cuba bermain dengan sistem yang mencipta banyak peluang gol dengan opsyen menjaringkan gol dari banyak bahagian.”

“Akan ada banyak rotasi pemain dan posisi serangan, di mana kami mempunyai penyerang yang sangat baik.”

“Pemain tengah kami juga dapat menjaringkan gol, itu adalah perkara kolektif.”

Enrique juga ditanya tentang 3 aksi dalam rehat antarabangsa kali ini berbanding 2 pada kebiasaannya.

“Saya sebenarnya mahukan lebih banyak sesi latihan, tetapi kami akan menyesuaikan diri,” katanya.

“Ia sama untuk semua jurulatih pasukan kebangsaan yang lain sekarang.”

“Dalam persahabatan menentang Portugal, kami boleh mencuba sesuatu dan kita boleh menekankan rehat dan memberi minit kepada mereka yang memerlukannya.”

Persahabatan menentang Portugal akan berlangsung pada Rabu malam di Estadio Jose Alvalade di Lisbon, sebelum aksi di Liga Negara UEFA di Switzerland dan di Ukraine.

Baca juga perkembangan lain

Deschamps: “Griezmann Tak Gembira Jadi Penyerang Sokongan Kepada Messi”

Bukan Woodward, Tetapi Joel Glazer Yang Menentang Pembelian Jadon Sancho

Wenger Dedahkan Pernah Tolak Tawaran Man United Dan Tolak Rayuan Guardiola Yang Mahu Sertai Arsenal