Pengurus kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengakui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki selepas melihat pasukannya dibelasah oleh Vissel Kobe, 1-5 dalam perlawanan pertama AFC Champions League semalam.

Ketika mereka ketinggalan 0-1, Safawi Rasid berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti namun tidak sampai seminit, Kyogo Hiruhashi kembali meletakkan tuan rumah di depan hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti menewaskan Farizal Marlias

“Kami bermain baik untuk 15 minit pertama tetapi mula perlahan selepas itu. Pada pendapat saya, masalah utama selepas gol ketiga itu adalah kami sudah mula hilang kepercayaan. Anda akan lupa segalanya apabila anda hilang kepercayaan – apa yang dilakukan dalam latihan, falsafah kami dan taktik kami.

“Kita semua sedar bahawa Vissel Kobe adalah sebuah pasukan yang berkelas tinggi, kelab paling banyak berbelanja di Jepun. Malah pemiliknya juga telah menaja FC Barcelona.

“Mereka berbelanja banyak dalam falsafah bola sepak dan mereka melakukannya dengan baik. Pemain kebangsaan Jepun, termasuk Iniesta adalah berkelas tinggi,” kata Figueroa dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Andres Iniesta semalam membuktikan kenapa beliau layak digelarkan sebagai maestro paling agung apabila melakukan dua hantaran ‘maut’ yang disudahkan oleh penyerang muda, Keijiro Ogawa sehingga membuatkan barisan pertahanan JDT kehilangan punca.

“Saya juga merasakan pemain kami bagaikan terpesona dengan kelibat Iniesta. Mereka tidak bermain cara biasa dan lebih banyak memerhati beliau, dan sikap memerhati bola ini telah menghukum kami.

“Bagaimanapun ianya adalah satu proses pembelajaran yang baik untuk kami berkembang dan memahami apa yang diperlukan untuk bermain di peringkat tinggi ini.

“Saya harap kami akan lebih baik dan untuk mencapainya kami perlu bekerja lebih keras. Saya teruja untuk bekerja bersama Benjamin Mora dan para pemain untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan melakukan yang terbaik untuk setiap perlawanan musim ini,” tambahnya.

Lihat artikel lain mengenai perlawanan Vissel Kobe menentang JDT semalam.

ACL 2020: Hantaran Maut Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Berpesta Gol Belasah JDT

ACL 2020: Andres Iniesta Gembira Vissel Kobe Bermula Dengan Langkah Kanan

Jersi ‘Fullset Player Issue’ Vissel Kobe Dijual Pada Harga RM1,320 Sehelai Kejutkan Peminat Bola Sepak Malaysia