Semalam Ainsley Maitland Niles mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik status Instagram menyatakan bahawa beliau ingin meninggalkan Arsenal.

Maitland Niles mendesak kelab melepaskannya ke Everton selepas Rafa Benitez dikatakan berminat mendapatkannya.

Menerusi Instagram Story, Maitland Niles berkata: “Apa yang saya mahu adalah pergi ke mana yang saya mahukan dan bermain.”

Paling mengejutkan adalah Maitland Niles telah menge-tag kelabnya Arsenal dalam status itu.

Pemain itu dikatakan kecewa selepas Arsenal menghalangnya untuk pergi ke Everton. Sebelum ini Maitland Niles pernah bermain di West Brom secara pinjaman.

Pada usianya yang sudah 24 tahun, pemain itu mahukan lebih minit perlawanan dan bermain di posisi tetap. Dikatakan Maitland Niles mahu fokus kepada posisi bek sisi yang sebelum ini membolehkannya dipanggil England.

Maitland Niles tidak nampak dia ada peluang untuk bermain walaupun sebagai pilihan kedua sekalipun. Ini kerana posisi bek kanan ketika ini milik pemain lain.

Ketiadaan Hector Bellerin pada awal musim ini menyaksikan posisi itu diisi oleh Cedric Soares dan juga Callum Chambers – walaupun Chambers merupakan bek tengaj.

Menurut John Cross, tindakan Maitland Niles itu membuatkan Arsenal bukan sahaja menghalangnya daripada pergi, malah Mikel Arteta telah mengenakan tindakan, menggantung pemain itu daripada latihan pasukan utama.

Maitland Niles pula merasakan tindakannya hanyalah meluahkan hasratnya untuk bermain.

Kelab tidak berpuas hati dengan Maitland Niles yang menurut mereka melakukan tindakan yang boleh memberikan imej buruk kepada kelab di mata umum kerana tindakan kurang profesional.

Drama tidak diingini dilakukan Niles itu boleh memberikan impak kepada kelab dari segi keharmornian di bilik persalinan terutama sekali dalam usaha mereka bangkit secara mentaliti selepas kekalahan memalukan 5-0 di tangan City.

Arsenal kini sudah 3 perlawanan, 3 kalah, dan 9 bolos, tanpa sebarang gol.

Arsenal berada di tangga tercorot EPL walaupun selepas berbelanja £130 juta pada perpindahan kali ini.

Baca juga artikel

Real Tarik Diri Dari Mbappe Dan Sambar Camavinga Daripada Sertai PSG Hanya Dengan €30 Juta

Amaran Ole Kepada Penyerang Lain: “Ronaldo Bukan Dibeli Panaskan Bangku Simpanan”

Pochettino Sahkan Messi Sedia Debut Hari Ini Bergandingan Bersama Neymar Dan Mbappe