Pengurus Jerman, Joachim Löw risau dengan ancaman daripada pasukan England menjelang aksi peringkat 16 akhir Euri 2020.

Perlawanan berprofil tinggi itu pastinya menjadi tumpuan dengan perseteruan kuat di antara kedua dua negara di peringkat antarabangsa.

Low memberikan amaran kepada para pemainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang mereka lakukan di peringkat kumpulan ketika berhadapan dengan England yang merupakan antara pasukan pilihan.

Jerman bermain dengan tidak terurus ketika seri dengan Hungary. Dan hampir sahaja mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan sekali lagi seperti mana Piala Dunia yang lalu.

Kehadiran Goretzka berjaya menyelamatkan Jerman dalam aksi penuh dramatik untuk mengiring Perancis dan Portugal.

Jerman Euro

Low berkata: “Jika kita pamerkan apa yang kita mampu lakukan seperti mana ketika beraksi menentang Portugal selepas sekian lama, kita akan menjadi lawan yang kuat kepada England. Jika gagal, maka kita dalam kesulitan.”

Hungary dua kali di hadapan dalam aksi semalam. Jerman memiliki 75% bola dilihat gugup dan tidak tajam.

Low menambah: “Menentang England, sudah tentunya perlawanan yang berbeza sama sekali. Mereka bermain di halaman sendiri. Mereka mahu menyerang. Ianya akan menjadi perlawanan lebih terbuka daripada yang malam ini.”

“Kita harus memperbaiki beberapa perkara dan kita sedar akan perkara itu. Terutama sekali dalam situasi bola mati. Kita tak boleh mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi, kita harus lebih baik. Namun perlawanan itu akan berbeza dan kita sudah tak sabar.”

Ini merupakan tugasan terakhir Low bersama dengan skuad Die Mannschaft. Beliau selepas ini akan digantikan oleh bekas pembantunya, Hansi Flick.

Baca juga artikel

Euro 2020: Gol Goretzka Selamatkan Maruah Jerman, Bakal Hadapi England

Cetak 109 Gol Untuk Portugal, Ronaldo Hanya Perlukan 1 Gol Lagi Untuk Jadi ‘GOAT’ Gol Antarabangsa

EPL Tertinggi Dalam Bayaran Gaji Pemain Purata RM683 Juta Semusim Setiap Pasukan