Joachim Low telah melalui “hari yang mengerikan” setelah Jerman dibelasah oleh Sepanyol dalam Liga Negara Eropah pada hari Selasa.

Jerman dimalukan 6-0 di Seville, dan Sepanyol menduduki tempat teratas dalam Kumpulan A4.

Joachim Low tidak pasti, apa sebenarnya yang para pemainnya lakukan di atas padang dalam aksi pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Ia menandakan kekalahan terbesar pasukan bola sepak negara Jerman sejak kekalahan persahabatan 6-0 kepada Austria pada tahun 1931.

Ketua jurulatih Jerman Low mengatakan itu adalah hari yang gelap bagi pasukannya, di mana Ferran Torres mencetak hatrik dalam kemenangan dominan dari Sepanyol.

“Ini adalah hari yang mengerikan bagi kami, kerana segalanya serba tak kena hari ini,” katanya, melalui DFB.de.

“Tidak ada yang dapat dilihat di lapangan dari segi bahasa badan kita, cara kita bertahan dan bagaimana kita menghadapi cabaran lawan.”

“Tidak ada yang berjalan dengan baik, sama ada dalam pertahanan mahupun serangan.”

“Setelah bolos pada gol pembukaan kami telah ‘menyerah’ dalam rancangan permainan kami. Kami menyerang ke depan dan meninggalkan jurang di belakang.”

Alvaro Morata dan Rodri juga menjaringkan gol pada separuh masa pertama untuk Sepanyol bersama dengan Torres, yang melengkapkan hatriknya selepas rehat – sebelum Mikel Oyarzabal menambah gol keenam.

20201118_074003

Sepanyol memiliki 69.7 peratus penguasaan bola dan 10 percubaan tepat berbanding sifar oleh Jerman. Sepanjang perlawanan, Jerman hanya melakukan dua sahaja percubaan.

Sementara Toni Kroos (43) adalah satu-satunya pemain dari pelawat yang memperoleh hantaran tepat lebih daripada penjaga gol La Roja, Unai Simon (41).

“Kami tidak teratur dan tidak berkomunikasi, itu adalah malapetaka,” kata Low.

“Kami tidak memiliki penguasan dan tidak memenangi duel. Malam ini merupakan kemeorosatan palin teruk bagi kami. Kami perlu menganalisisnya dan melihat di mana kami dapat membuat penyesuaian dan mencari penyelesaian.”

“Hari ini sangat mengecewakan. Kami buruk dalam segala hal malam ini.”

Joachim Low masih mendapat kepercayaan daripada DFB untuk terus mengendalikan pasukan Jerman walaupun beberapa keputusan memalukan ini.

Sebelum ini Joachim Low juga mendapat tekanan teruk kerana prestasi buruk Jerman di Piala Dunia 2018.

Baca juga perkembangan lain

UNL: Sepanyol Bantai Jerman 6-0, Ferran Torres Hatrik

Deschamps: Martial Kekok Dan Membazir

Ketakutan Henry Tentang Gol Aubameyang Benar Benar Menghantui Arsenal Kini