Sebagai proses pemisahan daripada persatuan dan langkah untuk menjadi sebuah kelab bola sepak berstatus swasta, kelab Kuching City FC semalam telah memperkenalkan logo baharu hasil ciptaan anak tempatan.

Logo itu dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta logo anjuran kelab tersebut dan turut mendapat pujian daripada peminat bola sepak tempatan di media sosial.

Rata-rata peminat berpendapat logo tersebut sangat unik dan mempunyai identiti sendiri dengan mengambil inspirasi daripada bentuk kepala kucing.

Malah, logo Kuching City FC kali ini berbeza serta lebih kreatif kerana ia lari daripada kebiasaan bentuk perisai dan simbol bola yang sering digunakan pada logo pasukan lain.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi melalui laman facebook rasmi kelab itu, huruf “K” yang terdapat dalam logo tersebut bermaksud bandar Kuching. Warna merah di sebelah kanan juga bermaksud tanda kekuatan sebuah pasukan manakala warna hijau bermaksud tanda semangat keberanian.

118283739_635979390364022_8527132105615410789_n

Apa yang lebih penting, logo tersebut mempunyai ‘originality’ dan tidak diambil daripada laman google image kerana ia adalah lambang kemegahan serta kebanggaan sesebuah pasukan.

Setakat ini tiada maklumat mengenai sama ada logo ini mempunyai persamaan dengan mana-mana logo syarikat atau kelab dari dalam dan luar negara.

Baca artikel lain mengenai isu logo pasukan Liga Malaysia yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini melalui pautan dibawah.

Dua Kelab Luar Negara Ini Mempunyai Logo Hampir Sama Dengan Logo Melaka United FC

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?